A Mad Mad Mad MB

“他失心瘋了”。“老天要毀滅一個人之前,一定會先讓他瘋狂。” 這是我們這幾天對TSKI的看法。

他昨天最瘋狂的動作是開除了5位DAP和PKR行政議員(還有一位PKR!!

為保政權拉皇室出來~讓皇室復辟讓民主大倒退。然後,他竟然與巫統回教黨組成聯合政府,這違背了雪蘭莪選民的意願。505雪蘭莪人民選了民聯為政府,他竟然把我們當初遺棄的巫統拉進來。

開除了5位DAP和PKR行政議員後,聽說他接下來打算要開除DAP和PKR的市議員。他甚至口出狂言說 ‘無需証明我獲多數支持’。好像雪蘭莪是他的,隨心所欲。

這些傷害有多大?我想王維興的解說最透徹

如果一個好人可以左右大局,巫統早就被推翻了。
王室進場卻不是解套,而是制造僵局,說明巫統在你認定卡立是好人之前已經進場、部署、行動。
這不是一個好人做得到的精密部署、算計、配合,與快速行動。
這是霹靂奪權大計2.0,由一名好人擔當主角。
政客演不好的角色,好人發揮到淋漓盡致。
這一次,不只要奪回雪州,刷掉安華,還要在國會通過選區重劃,確保巫統繼續執政50年。
最要命的是,這一次也刷掉人民對於改變的熱情。
下一個308,要等30年后。下一個505,要等50年后。
好戲是昨天才開始。好戲還在后頭。

=====================================

source  http://www.malaysiakini.com/news/271423
source http://www.malaysiakini.com/news/271423

Drama politik yang terungkai di Selangor belum pernah berlaku dalam sejarah negara dalam konteks wakil bebas dan tanpa parti menjadi ketua eksekutif negeri.

Perkembangan berlaku dengan pantas dan tegang dalam krisis menteri besar Selangor apabila Pakatan Rakyat nampaknya hilang cengkaman ke atas negeri paling kaya di Malaysia.

Hari yang berlalu menyaksikan perang mulut dan ‘serangan balas’ daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan pengkritik daripada bekas sekutunya, PKR dan DAP.

Enam anggota Exco daripada kedua-dua parti yang enggan meninggalkan pentadbirannya walaupun menyokong pemecatan beliau sebagai menteri besar menyatakan mereka tidak akan berjumpa dengan Abdul Khalid kecuali pada mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Tetapi Abdul Khalid membuat kejutan sejurus sebelum pukul 7 malam dengan menyatakan beliau mendapat perkenan Sultan Selangor untuk memecat enam anggota Exco kerajaan negeri yang tidak menyokong pentadbirannya.

Berikutan perkembangan ini, penganalisis politik percaya bahawa Pakatan Rakyat, sebagai gabungan tiga parti yang rapuh, telah kehilangan kuasa untuk mentadbir Selangor oleh kerana Exco DAP dan PKR kemungkinan dipecat daripada pentadbiran Abdul Khalid.

Ketiadaan Exco PKR dan DAP bermakna bahawa hanya empat anggota Exco daripada PAS berada dalam pentadbiran kerajaan negeri – jumlah minimum anggota Exco yang diperlukan untuk mentadbir kerajaan negeri mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Keadaan nampaknya seperti biasa semalam apabila Abdul Khalid tiba untuk bertugas di Bangunan Sekretariat Selangor pukul 9.30 pagi tetapi perkembangan tegang kelmarin yang menyaksikan Abdul Khalid mendapat perkenan Sultan Selangor untuk terus memegang jawatan menteri besar selepas dipecat daripada parti, berulang semalam.

Beliau sepatutnya mengisi waktu dengan menemui kesemua 10 anggota Exco untuk mengetahui sama ada mereka akan terus kekal dalam pentadbiran beliau atau sebaliknya.

Abdul Khalid tidak menghadapi masalah dengan keempat-empat Exco daripada PAS yang menyatakan mereka akan mematuhi arahan parti untuk kekal dalam pentadbiran negeri.

Menteri Besar boleh menarik nafas lega apabila BN yang mempunyai 12 wakil rakyat dalam Dewan Undangan Negeri, menyuarakan sokongan tanpa syarat kepada Abdul Khalid yang juga anggota dewan undangan negeri Pelabuhan Klang dan Anggota Parlimen Bandar Tun Razak.

Sementara itu, Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani, berkata dalam satu kenyataan bahawa Sultan Selangor berpendapat pemecatan Abdul Khalid daripada parti merupakan isu dalaman parti dan tidak menjejaskan kedudukan beliau sebagai Anggota Dewan Negeri Selangor dan Menteri Besar Selangor.

Beliau juga berkata baginda tidak berkenan menerima menghadap Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atas alasan Abdul Khalid telahpun menghadap baginda untuk menjelaskan tentang kedudukan beliau sebagai menteri besar Selangor.

Krisis perebutan kerusi menteri besar Selangor tercetus dengan ‘Langkah Kajang’ yang dimulakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Mac lepas, bertujuan menjadikan Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar Selangor yang baru.

Berikut adalah kronologi krisis menteri besar Selangor

27 JANUARI: Wakil rakyat PKR Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai ADUN kawasan Kajang bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding pada PRK kawasan itu. Bagaimanapun, hasrat Anwar terbantut setelah gagal menjadi calon kerusi DUN Kajang selepas mahkamah mendapati beliau bersalah atas tuduhan liwat terhadapnya, lalu isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dipertaruhkan untuk kerusi itu.

26 FEBRUARI: Abdul Khalid, mewakili Kerajaan Selangor menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Persekutuan untuk penstrukturan semula industri air di negeri itu yang tertangguh sejak 2008. Tindakan itu mengecewakan pimpinan PKR yang mendakwa Abdul Khalid tidak membincangkan mengenai perkara tersebut dengan mereka.

26 JUN: Abdul Khalid gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor dalam pemilihan parti apabila tewas kepada bekas anggota Parlimen Kapar, S.Manikavasagam.

21 JULAI: PKR menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar Selangor yang baru untuk menggantikan Abdul Khalid.

22 JULAI: Abdul Khalid dalam kenyataan media berkata walaupun menghormati keputusan PKR yang mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai penggantinya, namun segala tatacara pelantikan perlu dibuat mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri. Abdul Khalid berkata sehingga proses tersebut berlaku dan selesai, beliau akan terus menjalankan tugas sebagai menteri besar.

25 JULAI: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Abdul Khalid untuk kekal sebagai menteri besar Selangor atas alasan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

1 OGOS: Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng menyuarakan sokongan penuh parti itu terhadap cadangan meletakkan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor yang baru.

4 OGOS: Setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution mendedahkan nota setebal lebih 40 muka surat mengenai dakwaan salah laku Abdul Khalid seperti isu penjualan tanah milik kerajaan negeri Selangor kepada Eco World dan projek pembinaan rumah mampu milik di Sungai Sering, Ukay Perdana.

5 OGOS: Lembaga Disiplin PKR hantar surat tunjuk sebab kepada Abdul Khalid mengenai keengganannya melepaskan jawatan sebagai menteri besar Selangor.

6 & 8 OGOS: Abdul Khalid membalas surat tunjuk sebab.

9 OGOS: PKR memecat Abdul Khalid daripada parti berkuat kuasa serta-merta. Abdul Khalid dalam kenyataan media kemudian memberitahu bahawa beliau menerima keputusan PKR yang memecatnya daripada parti walaupun beliau mendakwa tindakan itu salah dan cacat dari segi undang-undang.

10 OGOS: Abdul Khalid memberitahu pemberita bahawa beliau akan meneruskan tugasannya seperti biasa sehingga mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor diadakan pada 11 Ogos.

11 OGOS: Abdul Khalid menghadap Sultan Selangor bagi memaklumkan pemecatannya daripada PKR selain membincangkan kemelut jawatan menteri besar.

11 OGOS: Dalam sidang media khas kemudiannya Abdul Khalid mengumumkan bahawa beliau telah mendapat perkenan Sultan Selangor untuk terus memegang jawatan menteri besar Selangor. Menteri besar itu turut menyarankan supaya anggota Exco yang tidak menyokong kepimpinan beliau supaya meletak jawatan. Beliau juga berkata akan mengadakan pertemuan dengan barisan exco kerajaan negeri secara individu bagi mengetahui sokongan dan pendirian mereka terhadap kepimpinan beliau.

12 OGOS: Empat anggota Exco kerajaan negeri Selangor daripada PAS berkata akan terus berkhidmat di bawah pentadbiran Abdul Khalid seperti yang diarahkan pucuk pimpinan parti itu.
Enam anggota Exco daripada DAP dan PKR dalam kenyataan bersama berkata mereka akan terus menjalankan tugas masing-masing tetapi menegaskan tidak akan berjumpa dengan Abdul Khalid kecuali pada mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Selain itu keenam-enam exco tersebut dilaporkan berkata dalam urusan melibatkan mereka, kedudukan dan fungsi Abdul Khalid hanyalah dalam kapasiti peralihan sementara menunggu seorang menteri besar daripada Pakatan Rakyat dilantik selain. Mereka juga berkata Abdul Khalid dan MMKN tidak boleh membuat sebarang keputusan tanpa melalui proses undian.

12 OGOS: Abdul Khalid mengumumkan telah menghantar surat kepada Sultan Selangor bagi memohon perkenan untuk memecat enam anggota Exco kerajaan negeri daripada DAP dan PKR yang tidak menyokong pentadbirannya.

Keenam-enam Exco terbabit dalam sidang media bagaimanapun bertekad untuk datang ke pejabat masing-masing di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam hari ini kerana menganggap pemecatan itu tidak sah berikutan belum mendapat perkenan Sultan Selangor.

– Bernama (source :http://www.malaysiakini.com/news/271423)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s